Aidiladha’s Weblog

welcome..have fun visit my blog

SUKEM-Taekwondo August 2, 2008

Filed under: MAkluman Semua — aidiladha @ 2:03 pm

Ari nih ada game Taekwondo untuk SUKEM…Tp untuk tahun nih aku x terlibat…xtau la kenapa.. tapi tetiba jer aku rase malas….huuu…untuk sem nih kawan aku ada ajak aku untuk join pusat…tapi aku x decide lg nak join ke…sebab ake kenna fikir dlu la…adakah patut atau tidak aku join lg team taekwondo….sem lepas aku aku ada isi borang untuk jd sukarelawan under taekwondo untuk MASUM nanti….aku xtau la…aku dalam dilema skang nih…nak ke x nak????kawan2 tolong lah aku erk…tolong decide untuk aku…

Peace No War…haaaa

 

Terlalu Lama

Filed under: Alkisahnya — aidiladha @ 1:56 pm

1Terlalu lama. berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi
kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10.. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan
14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai
penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

 

Solat Sunat Dhuha-Murahkan Rezeki, Berjaya Dalam Hidup

Filed under: Renungan Bersama — aidiladha @ 1:54 pm
Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia”

Niat Solat Dhuha

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 

Cara nak save minyak

Filed under: Koleksi Cerita Lawak — aidiladha @ 1:37 pm

Kata orang, kereta punya perfomance tengok dengan gaya pemanduan pemandunya. Jika pemandu dah biasa bawak slow, engine kereta pun dah biasa slow kalau orang lain pandu tekan minyak camana pun dah tak boleh pergi lagi dah.

Ok kalau nak train kereta anda save minyak pun ada caranya, seperti gambar di bawah

;
;
;
;
;
;
;
;
;

 

Easy vs Difficult

Filed under: Alkisahnya — aidiladha @ 1:08 pm

EASY

DIFFICULT

Easy to judge the mistakes of others

Difficult to recognize our own mistakes

Easy to talk without thinking

Difficult to refrain the tongue

Easy to hurt someone who loves us.

Difficult to heal the wound…

Easy to forgive others

Difficult to ask for forgiveness

Easy to set rules.

Difficult to follow them…

Easy to dream every night.

Difficult to fight for a dream…

Easy to show victory.

Difficult to assume defeat with dignity…

Easy to admire a full moon.

Difficult to see the other side…

Easy to stumble with a stone.

Difficult to get up…

Easy to enjoy life every day.

Difficult to give its real value…

Easy to promise something to someone.

Difficult to fulfill that promise…

Easy to say we love.

Difficult to show it every day…

Easy to criticize others.

Difficult to improve oneself…

Easy to make mistakes.

Difficult to learn from them…

Easy to weep for a lost love.

Difficult to take care of it so not to lose it.

Easy to think about improving.

Difficult to stop thinking it and put it into action…

Easy to think bad of others

Difficult to give them the benefit of the doubt…

Easy to receive

Difficult to give

Easy to read this

Difficult to follow

Easy keep the friendship with words

Difficult to keep it with meanings

 

Soal Jawab Cinta August 1, 2008

Filed under: Alkisahnya — aidiladha @ 2:26 pm

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

 

Pak Pandir Makan McDonald

Filed under: Koleksi Cerita Lawak — aidiladha @ 2:19 pm

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat gaji teringin makan di Mc’Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper… maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung… sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30′an ditepinya… Ahmad namanya… Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu…
Ahmad: Air… Bagi air coke yer…
Pak Pandir: Air… Bagi air coke yer…
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir… namun Pak Pandir buat tak tahu ajer…

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer… ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik… bagi ash-tray satu yer…

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir…
Ahmad : hoi… yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah… takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper… kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ..