Aidiladha’s Weblog

welcome..have fun visit my blog

Ice Skating.. July 28, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 9:16 am

Bercakap pasal ice skating…memang satu pengalaman baru yg x dapat aku lupakan… sekurang2 nyer bila ada orang tanya kat aku..ape pengalaman manis yang aku pernah alami sepanjang aku blaja..kat UKM, aku may b jawab main ice skating kot…memang boleh dikatakan sangattt…seronok…walaupun baru 1st time, tp aku berani kn jugak diri ni..ada keinginan mencubalah katakan..aku pegi main ice skating ngan 6 lg kawan2 aku(nak sebut ke name??? sebut je la..jange mare kwn2 ku) iaitu Semi, C-lah(kawan lame aku kat MRSM), Shafa kwn Semi kat UPSI, Huda, Mas n Zati(kwn2 aku kat UKM). Nih kirenya reunion aku ngan Semi n C-lah la…berbalik kepada ice skating, byaran msuk yg dikenakan ialah RM18 tak termasuk glove n stoking, aku kena murah jer sbb aku bawe glove n stoking sendiri, tp kwn2 aku kena RM18++ coz diorang tak bawak glove. mula2 kitorang masuk kat Ice Rink(klau x silap aku la..luper plak), memang susah la aku rase nye nak berdiri..tak stabil+ keadaan lantai yg licin, lagi satu aku punyer kaki xleh nak gerak langsung rasenya sb b takut punya pasal…yang lucunya lg..ke-7 gang kami nih..sebaris mcm beratur plak..tak gerak2 n dok pegang kat diding jer…tp berpegang kpd rasa ingin mencuba(cehhh..hebat jugak ye bahasa aku) kitorang ber-7 cuba jugak utuk gerak sikit2…aku nh asyik dok tanyer..bilalah nak sampai 1 round nh..memang lambat gikerrr kitorang gerak..yang tambah lucu lg siap jatuh kat lantai lg(sapa erk yang jatuh mula?????heeee). anis jer 1 round..ada kwm aku dah serender..nak berenti kejap..tp aku tak..snn excited sangat..so aku teruskan lag..wlaupun msh bergantung pd dinding…lps jer main 2 round..aku tngk kwn aku Smi, C-lah, Huda n Mastura dah bleh dah lps dinding..aku memang jelas kat diorang…nak2 Semi n C-lah..memang ditinggalkan kitorangterus terhuhung-hayang kat belakang.. MEMANG AKU JELES…naseb baek ada Shafa, dia dengan rela hati nak skate ngan aku..kitorang buat style couple(pegang2 tangan…)abis jer 2-3 round, kaki aku dah letih n sakit(sbb kasut nh ketat n keras + aku asyik jatuh jer..naseb baik ada Shafa..thanx Shafa..).tp kn main ice skating memang memenatkan..aku rase la..sebab walaupun gerak ngan kaki jer tp tngn pom memainkan peranan(utk berjaga2 bile nak jatuh la….) setelah 1 jam kitorang main, semua orang diarah keluar sbb pekerja nak bersihkan n ratakan RINK..so dapat la kitorang rehat kejap…lbh kurang pukul 4 kitorang sambung main..mase nih semua kwn2 aku termasuklah aku dah expert la ckit…so kitorang main puas2 sbb nak kejar mase utk ambik gambar…sebb pukul 5 kitorang terpaksa berhenti main sbb Semi n Shafa dah nak berkejar ke Pudu nak balik ke Tanjung Malim…So setakat tu je la pertemuan aku, Semi, Shafa n C-lah..memang best dapat jumpa diorang semula…terkenang perangai gila2 kitorang mase skoll dlu…kitorang berpisah kat KL Sentral(bila la dpt jumpa lg erk…????) diorang menuju ke Pudu n aku??ape lg ke Ukm terchenta la….huuuh…memang ari tu seronok sngt…nak2 ble teringat aku nh asyik jatuh jer…letih..????memang letih sangat..aku kat dlam KTM memang teringat katil kesayangan jer…. Hopefully..kitorang dapat g lagi saner…main ice skating…kali nih aku tak takut dah….dah berani…sbb dah expert la ckit2…..

 

Awas apabila Ketawa July 28, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 8:28 am

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. “KEH KEH KEH KAH KAH”

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar ‘temberang’ sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. “KEH KEH KEH KAH KAH KAH”

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Berceritak di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan “ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat” “KAH KAH KAH KEH KEH KEH”

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha “ah, itu kawanku,” kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. “ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata”, kata sorang hamba Allah. “KEH KEH KEH”

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: “Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..”.

Sabda Baginda lagi : “Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati”.

“tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan”.

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan ‘hah’ kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa “KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH”

 

Budget lari……..?? July 28, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 8:21 am

xtau la aku.sem ni mcn boros jer……………

asyik hujung minggu jer nak outing……..

klau dah name nyer outing, memang akn guna duit punya…..

ari jumaat lepas, aku g Low Yat ngan kawan2..budget aku rm100 jer..tp tlebih la plak…

ari sabtu plak, aku g Sunway Pyramyd..main ice skating…adalah abis xsampai rm100..

hai duit…duit….susah nak dapat,tapi senang jer nak hilang…

cam ner erk aku nak buat kawan2..???biar duit aku x gerak2 dalam wallet aku..

Tapi dapat ke?????

 

Rahsia Iblis July 28, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 8:07 am

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas).”

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)”

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.”

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya.”

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah.”

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan denhan nama Allah.”

 

Jalan ke Syurga July 28, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 8:00 am

 

Bahasa Jiwa Bangsa July 21, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 1:41 pm

Bahagian A : adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B : zaman sekarang / pertengahan
Bahagian C : cara perbualan budak2 remaja zamansekarang.

=====
Ayat 1
=====
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya
menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.

(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas

(C) Wa cakap sama lu … lu kalau mao kropok dia… lu kropok jangan kasi lebam beb.

=====
Ayat 2
=====
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.

(B) Kurang ajar sungguh awak nie

(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babis punyer budak! siak kanina tul…

=====
Ayat 3
=====
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba… akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.

(B) Cinta aku belum lagi berbalas… berilah aku peluang kali ini untuk
mengisi ruang hati mu.

(C) Beb… .wa takmu jiwa-jiwa sama lu… tapi wa suah cintan rabak sama
lu… wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong ..plse ahhhhh.

=====
Ayat 4
=====
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan
bulan syawal ialah esok… dari itu hari ini merupakan hari penggenap
Ramadan.

(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri

(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

=====
Ayat 5
=====
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.

(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu… boleh tak?

(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau… aku pun nak ikot.

=====
Ayat 6
=====
(A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu
kemungkaran… maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.

(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum

(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda… . jgn memain dgn aku hah.

=====
Ayat 7
=====
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri

(B) Dia sungguh hebat sekali

(C) Mak kao! Pawer siuuttttt!

=====
Ayat 8
=====
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan

(B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?

(C) Oi! What cork are u talking about?… say poply ahh!

 

Kisah Mak Cik dan Bas July 21, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 1:39 pm

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata…
“Silakan duduk makcik… “

“Oh, tidak perlu.. adik duduk la!” Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula… Tapi beberapa minit kemudian.. pemudu itu berdiri dan berkata lagi…

“Makcik duduk la… ” kata pemuda dengan sopan…

“Tak payah susah-susah… Terima kasih saje. adik duduk sajalah!” Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk… ..

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi…

“Tak pe la.. makcik duduk la… ” kata pemuda masih bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..

“Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!” jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata…

“Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?

Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!”

 

Samseng Kg.Dusun July 21, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 1:36 pm

Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg. Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan, member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.

Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa. Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.

Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, “Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu, bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. Paham!!?

Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi! Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan… .!”

Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.

“Nanti, nanti… … . En.Sarip”, kata tauke warung. “Maaf jika saya bertanya… .. apa telah terjadi di kampung Mawar?”

“Tak ada ape2″, kata Sarip. “Aku kena balik jalan kaki lah.”

 

Besh nyer,… July 18, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 7:55 am

Skrang nh bleh la aku sentiasa update aku nyer blog coz

kat bilik aku dah dapat wireless…

 

Yahoo…. July 18, 2008

Filed under: Uncategorized — aidiladha @ 6:15 am

Esok aku nak g merelaxkn otak aku nh..

aku n da gang nak g mandi-manda kat Sg. Tekala..

aku dah pernah g dah ari 2 skali kat ctu..Besh sangat..

Cam xnak balik..nak berendam jer..

Hopefully Esk x hujan la..

Klau x sian kat..Hu2..xleh nak mandi puas2